Home

Monday 1 December 2008

Zulhijjah & Eid Adha...


Zulhijjah & IdilAdha :
Beberapa Isu & Hukum
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya :

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)"

( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )


POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Justeru, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

Tidak harus juga berqorban hanya dengan mengeluarkan harganya atau daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها

Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"


BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :


فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ

Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun adalah dilarang untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil qurban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.


MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tanpa khilaf adalah lebih baik untuk mendahulukan umat Islam dalam hal ini.


BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?

Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia adamat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam


Sekian
Doha, Qatar
27 Dis 2006 ( 7 Zulhijjah 1427 H)
Kemaskini : 16 Disember 2007 ( 6 Zulhijjah 1428 H - Malaysia ; 7 Zulhijjah 1428 H - Saudi)
KEMAS KINI : 29 Nov 2008 ( 1 Zulhijjah 1429 H )

Dan, dikesempatan ini nik, hanny, hidayah dan hanisah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua umat Islam...

Thursday 20 November 2008

Kenangan..Nasi Tomato..yum..yum!!


Nasi Tomato...semalam teringin plak buat nasi tomato nie..ditambah plak dgn stok tomato yang bertimbun dlm peti ais tue..so buat la nasi tomato versi perantau nie..inila hasil nyer..

Nasi tomato n side dishes..ayam msk merah ngan acar timun..yummy..

Erm..sebenornyer ade cerita disebalik nasi tomato nie..teringat mase kami memula sampai di bumi Birm nie..memang dah menjadi tradisi di sini kalu ade ape2 sambutan, sume warga M'sia di sini akan diagih2 kan tugas utk memasak..bayangkan baru sebulan di sini kami dah ditugaskan masak nasi tomato sebanyak 6 pot.. masalah nyer inilah 1st time ibu dgr nasi tomato nie.. makan pun tak penah ape ntah lagi nak memasak nyer..

Nasib baik ler teknologi skarang nie dah maju..jejalan cikit kat tenet dapatla mcm2 versi nasi tomato..tapi yang payah cikit kalu masak nasi nie, sukatan kena betul..kalu tak mesti nasi jadi lembik atau mentah..nak di jadikan cite, tang ibu yang tak pandai masak nie..nasi tomato jadi mentah..majlis tue lagi 2 jam lagi..kalut betul time tue..terus tel nenek kat kg tanyer mcm maner nak buat..nenek suruh kukus jer nasik tue.. ala..mane nak cari pengukus nie? nasib baik auntie niza ade stok pengukus letrik..tak pakai lagi tue..penyelamat keadaan betul...ish..klako pun ade gak kalu di ingat2 keadaan kalut tue..

Tapi tuela..kalu tak pasal nasi tomato nie, maybe sampai lani ibu tak berani nak cube masak benda baru..walaupun belum mencapai tahap menjilat jari..janji rajin mencube.. sedap tak sedap, blakang kira..insyaAllah, sok balik M'sia nenek dah tak payah masak lagi..sebab ibu dah pandai masak, biar ibu masakkan utk nenek plak..(tapi still tak leh lawan nenek nyer masakan..)kih..kih..kih..

Sunday 19 October 2008

Open House @ Teratak Nik3H...

Kalu sebelum nie kami sibuk beraya n menyerang rumah2 sahabat yang sudi 'membuka umah', so skarang nie tibalah time kitorang plak diserang..he..he..tanggal 19 Oktober 2008... seawal jam 8:00 pagi kami, gabungan 3 kluarga.. Nik3H, Niza&Shahir dan jugak Odie&Zul dah prepare juadah2 utk menjamu seluruh rakyat Malaysia di Birmingham utk sesi sarapan pagi.. pada hari tue jer ada 4 buah rumah yang turut serta membuka umah..2 utk sesi pagi dan lagi 2 utk sesi petang..

Menu utk ari tue kami buat stakat yang mampu jer..mee rebus udang, lemang gulai manis dan sedikit makanan ringgan..(kuih rayer malu nak bwk kuar sbb 'sedap' sgt..he..he..) Sepatutnyer acara bermula pukul 9.00 pagi tapi tetamu pertama yang sampai pun dalam kul 11.00 pagi.. so bile dah setat lambat..abih pun lambat la yerk..

Paklen n family antara tetamu yang terawal sampai dan merasmikan open house kami..

"Mintak cikit unc. zul"... siap tarik2 baju lagi si Hanisah nie..

Cik Nui kite nie lps makan terus jadi ass. chef kat dapur..baguih2..sok lusa bole jemput lagi..

Para tetamu dah start membanjiri umah kami..silalah menjamu ape yang ade..

Para2 bapa sempat lagi snap gambo...

nie chef lagi sorang..kak odie..

Sebenarnyer gabungan 3 family nie sumenyer ade baby kecik..tapi Hanisah (8 bln) kira baby yang paling besar la..mcm Niza ade baby Farhan (4 bln) ngan k.Odie ade baby Aileen (2 bln).. So bile time nak bagi baby makan, masing2 kena bergilir jaga dapur.. tapi ok gak..ade alasan nak 'curi tulang'..keh..keh..keh..

beri laluan..panas..panas.. mcm nie la suasana open house kat cni..ade yang borak,ade yang kusyuk makan..tak tinggal jugak yang sibuk menyenap gambor..

Bile rumah dah penuh sesak Hidayah dah mula la rase rimas..start ler buat perangai.. mintak dukung jer ngan ayahnyer..last2 dua beranak tue ditugaskan utk menyambut para tetamu kat luar rumah..walaupun cuaca ari tue agak sejuk..lepas gerimis katakan.. last2 ok la si kakak sebab dapat main kat luar..bebudak nie asal dapat udara luar memang suka..tak kisah ler sejuk yang amat ker..panas summer ker.. budak la katakan..

'Door Girl'... service baik punyer..siap bukakan gate lagi..

hah..sile2, jangan la memalu kakak2 sume..sila masuk..

bebudak nie slamber jer dok bersidai kat luar nie..tak sejuk ker?? Bbrrrr.. maklumla.. dah bermaustatin kat UK la katekan..

Sembang2 berisi hikmat..

ermm...makan..makan..

Hidayah melayan 'tetamu kecik' kat bilik atas yang bersepah lagi..

Sukenyer Hidayah ade ramai kawan..

Huh..lega sikit bile sumenyer dah selesai..akhir skali tetamu yang datang menyinggah sampai dalam kul 7.00 mlm.. (sesi sarapan sampai malam beb..) tapi takpe, asalkan sume happy.. Niza n Odie sume dah menyerang rumah nurhanz yang buat open house hari yang sama tapi utk sesi t/ari..kami, kena tunggu ayah balik kerja dulu....tepat jam 7.30mlm, kami pun menjenguk sekejap rumah k.nita (gabungan 3 kluarga gak..)... sampai kul 9 mlm kot.. dan sebagai kunjungan balas, k.nita..k.asmah..dan tetamu dari conventry plak mengakhiri majlis pada hari itu.. Sekian..

k.nita, Hanisah, k.niza ngan baby Farhan kat umah k.nita..

Friday 26 September 2008

Beraya dah kiter...

Aduis...terasa amat malas nak mengupdate blog nie..tapi sebab dah kena 'sound' ngan jiran2 sbelah (he.he...) kena jugak menggagahkan diri..anyway thanks 2 sume xpecially jiran2 sbelah sebab rajin menjenguk 'sleeping blog' nie..bukan aper, sejak 2 menjak nie byk betul benda yang nak disettle kan..yela, bile dah pra tue mestila ade raya yang sebenornyer..pastu tang tu gak kami pindah umah..pastu ngan winter yang dah start menjenguk, anak2 yang demam..huiii..byk betul alasan kan...kuang..kuang..kuang.. tapi rasenyer alasan yang paling mantap skali 'Malas'
Ok..jom kiter berayer..

Setelah diperkenankan oleh badan yang boleh dipercayai (Central Mosque London), tahun nie kami beraya pada hari Selasa bersamaan 30 September 2008..seperti tahun lepas, tahun nie pun kami beraya mengejut...mane tak nyer, tgh sedap berbuka posa ngan goreng pisang nurhanz tetiba dapat bite sok rayer..ye..ye..sok rayer.. tak sempat pun nak merase ubi rebus member.. tapi nasib baik dapat tapau..kih..kih..kih..so hajat nak melepak lelame pun tak jadi la sebab ayah nak kena bertakbir dari umah ke rumah..mcm kat area kami nie, ade byk umah so kena tong2 group ikut dun memasing..

Syahdu jer dgr alunan takbir..kalu thn lps dah mengalir air mate..thn nie, mantap bro..he..he..

lps selesai bertakbir, kami jamu sekadar air bujang ngan buah kurma jer..takleh berat2, nanti mate jadi berat gak..byk lagi umah nak g tue..

ehem..ehem..merah mak ngah tahun nie utk NikHannynCo..

Mase nie Hidayah dah bersiap ngan tudung yang nenek hantar tapi disebabkan dah boring dok lame sangat kat dalam umah, member pun dah takde mood nak beraya ngan tudung comel nie..



Aksi bake2 Nik Jr di pagi rayer..

Seperti kelaziman di tahun2 sebelum nie, hari rayer di bumi Birmingham nie disambut dgn kemeriahan rumah terbuka setiap weekend..so every weekend..kami para2 suri sume... TUTUP DAPUR!!! ye..ye.. so berjalan la kami dari pagi sampai ke malam berkunjung ke rumah2 sahabat handai..sambil bermaaf2an, kite menjamu selera...menu2 nyer memang marbelles so tak terasa sgt kalu tak jumpe kuih rayer..tapi ade gak sahabat2 yang sungguh rajin membuat kuih rayer... kuih rayer perantauan..sedap tak sedap blakang kira beb..

Antara rumah2 yang sempat kami snap gambo adalah di rumah k.kam n aziman...

Sukenyer ibu ngan adik lps merase mee sup ngan lemang k.kam.. he..he.he..

akak Hidayah pun suke gak dpt main ngan saing2 di hari rayer..

kaum bape..



Friday 12 September 2008

Pra Rayer...

Minggu nie nenek ngan acik2 sume dah janji nak kirim buah tangan untuk Hidayah n Hanisah buat rayer tahun nie..ibu excited sgt nak tgk hasil tangan nenek..kiriman dibuat melalui member ayah yang kebetulan datang ke Birm nie.. saudara Azli..time kasih to unc. azli..

Hasilnyer tahun nie Hidayah ngan Hanisah dapat beraya dgn baju kurung baru buatan nenek ngan umi..dah juga 'buatan express' mama ely..time kasih sesangat kat korang..ibu pun dapat juga, baju kurung n kuih rayer hasil tangan nenek, mama ika ngan mama no yang bersengkang mate menghasilkan sarang2 semut khas buat kami disini..ngindu sangat kat korang..


Tapi saat yang takleh nak lupe..time nak try test baju kurung..masing2 tak muat nak pakai kain.. sempit plak..dapat masuk sbelah kaki jer nek..mcm maner nak ayer nie? he.he..he.. dah jadi kain kebaya plak..takpe, nanti ibu tolong otter kan..hah..lagi satu puteri2 ibu pun dapat tudung gak..comel sangat.. Hidayah memang taknak buka bile dipakaikan tudung..lepas nie takdela dok kacau tudung ibu jer..itula, bile dapat hadiah dari kampung rase tak sabo nak rayer..tapi tetiba rase tak sabo nak balik plak..he..he.. nanti balik kiter rayer sesame yek..

Monday 1 September 2008

Ramadhan Al-Mubarak...

1 September 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429 Hijriah..Alhamdulillah dengan izinNya dipertemukan lagi kite dgn bulan yang penuh keberkatan ini..Dan dikesempatan ini NikHannynco ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada sume keluarga tercinta terutama skali pada mama, papa, mek ngan ayah, sahabat handai serta sume umat Islam di bumi Allah ini.. Semoga amal ibadat kita pada tahun ini mendapat keredhaan dari Illahi.. InsyaAllah.. "Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"..
Kami juga ingin memohon maaf di atas segala kesilapan yang kami buat samaada dalam keadaan sedar atau tidak sedar..Amin..

Sunday 31 August 2008

Apple Picking @ Clives Fruit Farm...

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-51... MALAYSIA!!! Hari nie kami ingat nak g sambut Merdeka di Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury London tapi plan tersasar sikit..bangun2 jer tgk matahari dah lame kuar..he..he.. nie kes overslept la.. so kami beralih ke plan B.. g kebun apple..

Sebenarnyer musim buah2an dah lame kuar kat uk nie, antaranyer strawberries, raspberry dan geng beri2 yang lain, cume kami teringin nak jenguk kebun apple ngan anggur.. walaupun kat umah nie ari2 mengadap apple..tapi yang kami pegi nie cume ade apple ngan pear jer... orang kate kat birm nie susah or takde langsung kebun anggur..kalu ade mesti lagi best..

Posing kat entrance..

Hidayah celik2 jer terus serbu reban ayam..

Sesape nak lepas gian bagi ayam makan kena beli dulu terigu..£1..kalu bg apple agak2 ayam ni makan tak?

ish..ish..ish..tak menyempat nak petik..terus makan dari pokok..lagi fresh..

Hidayah di bawah rimbunan epal..

Petik dik..jangan tak petik..penuhkan satu bakul cume £6.50.. (tolong promote nie..)

Hanisah orang dok bising2 petik epal die still nyenyak tido..

tgk tue, siap bentang tiko lagi..makan epal ngan kuah rojak..erm..sodapnyer..

merah bekilat epal dorang..tapi tue gimik jer.. rajin farmer kat cni sembur lilin kat epal depa..iskh..iskh.. yang kami nie sodap jer terus makan..he..he..

jom kite balik..bakul dah penuh epal dah tue..

bersama ahli rombongan..k.lily, n k.ita..

ayah..unc. zaidi n unc. baha..

Okla..bakul pun dah penuh...bole la balik..esok InsyaAllah sume umat Islam samaada di bumi M'sia atau di bumi Birm nie akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. dikesempatan ini, NikHannynCo ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada sume keluarga dan sahabat handai..Salam..

Sunday 24 August 2008

Aqiqah vs Summer BBQ

Hari nie kalu nak diikutkan genap la NikHanny n Co. setahun di bumi Birmingham nie.. hu..hu..hu.. kejap jer mase berlalu..dan hari nie gak kitorang ade acara BBQ II yang bertempat di Cannock Chase Visitor Centre..macam2 juadah yang tersedia mase nie.. ibu dapat tugasan masak nasik impit jer..he.he.he. sonang jer..antara menu ari tue, daging masak palembang..sate, steak kambing..black pepper souce k.ana (mengancam..) dan mcm2 lagi.. time nie rase mcm kat M'sia jer..tumpi pun ade gak korang..rase mcm dah raye plak..ingat kat tumpi ngan peyek mama.. he..he..he..

Nik Hidayah Nik Rosli

Hidayah beria2 nak tlg ayah pasang BBQ set nie.. masalahnyer, ayah pun tak reti nak pasang.. he..he.. jangan marah yek bro..

Sampai2 kat tempat BBQ, ramai betul yang berpakat dok pasang khemah memasing..biasela, cuaca lani tak menentu...kate jer summer tapi asyik hujan jer..rahmat dari Allah...tapi kami yang takde khemah terpaksela menumpang khemah yang beso2 tue..he..he..time kasih yek tuan khemah..lain kali bole tumpang lagi..

Pembuka acara, uncle Rizalman n ustaz Zuan dgn sedaya upaya mendirikan khemah pertama..

Dan disusuli pula oleh para peserta BBQ..lepas nie balik M'sia bole pakat reramai dok dalam khemah.. 'ubah cara hidup'.. ;)

Akhirnyer majlis dirasmikan oleh ust. Mat setelah beberapa warning dikeluarkan.. "den kato jgn makan dulu..raso bole la jang.."

Minah kecik nie begitu kusyuk perhatikan uncle Wahab pasang khemah..

Ibuk2 tgh menjamu selera..

Anak ayah haus..

Auntie Nita yang suke gendong adik (walaupun beberapa x kena 'tempias' Hanisah, he..he..) with auntie Ira n auntie Kam...

Kanak2 riang team Bravo Selly Oak..plus Hidayah n Hanisah (not in the picture)

Acara wajib..sukaneka kekanak..Hidayah tak dapat main, tak menepati syarat penyertaan..

Tak dapat nak main, kena la dok tepi padang jer...ibu, Hanisah n Hidayah..

Jom kite balik..