Home

Tuesday 27 October 2009

Marble Cheese Brownies

Resepi cheese kek dlm simpanan.. So far dah 2-3 kali gak buat.. Rase agak2 boleh la bagi orang yg xpandai buat kek mcm umi nie.. (lani dah tukor title yek..hehehe..kalo dulu panggil ibu :P) Sesuai untuk sebarang majlis.. sebab bole prepare awal..



MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Friday 9 October 2009

Kemeriahan Rumah Terbuka Birm 2009

Salah satu tarikan Syawal di bumi perantau nie tak lain xbukan semestinya rumah terbuka yang merupakan acara 'mesti ade'... Secara tradisinyer rumah2 para host akan hanya dibuka pada hari raya pertama atau hujung minggu sahaja.. untuk tahun 2009, hanya 2 minggu saja diperuntukkan bagi acara open house.. :(

Raya Pertama



Raya Kedua







Minggu Pertama Sabtu













Minggu Pertama Ahad




Raya Minggu Kedua Sabtu





Raya Minggu Kedua Ahad