Home

Friday 11 January 2008

Nik Junior Genap Setahun!!!

Alhamdulillah..pejam celik rupe2nyer puteri sulung NikHanny dah setahun ari nie..

Hidayah...Hadirmu seribu erti, Lahirmu penghibur hati..kami sayang Hidayah..


Anakku Hidayah sayang
Kalau menjadi batu
Jangan menjadi batu di tepi jalan
Tiada nilainya, tiada harganya
Dipijak orang, disepak orang.
Tetapi anakku Hidayah sayang
Jadilah batu intan
Jadilah batu permata
Yang berkilau, yang bersinar
Dihargai orang

Anakku Hidayah sayang
Kalau mejadi kayu
Jangan menjadi kayu biasa
Yang reput, yang rapuh, yang patah
Dibuang orang merata-rata.
Tetapi anak-anakku sayang
Jadilah kayu jati
Kayu yang mantap
Mahal nilainya
Dihargai orang

Anakku Hidayah sayang
Kalau menjadi manusia
Jangan menjadi manusia biasa-biasa
Longgar jiwanya
Rapuh imannya
Sempit mindanya
Gelap masa depannya.
Tetapi anakku Hidayah sayang
Jadilah manusia luar biasa
Gah jiwanya
Kental imannya
Tertib solatnya
Quran juadahnya
Luas pandangannya
Gemilang masa depannya

Anakku Hidayah sayang
Perahu sudah di air
Pendayung sudah ditangan
Fikirlah, renunglah
Katakan pada dirimu
Bahawa saya tidak memilih
Untuk menjadi manusia biasa
Tapi saya memilih
Untuk menjadi manusia luar biasa
(sajak yang diceduk n diteliti nukilannyer..khas utkmu..)
Hidayah..ibu ngan ayah doakan agar hidup Hidayah sentiasa cemerlang dunia dan akhirat.. dan jangan lupe...nantikan kehadiran adik2mu yang bakal menjadi peneman setiamu..he..he..he.. Kakak Hidayah nak bape orang adik?