Home

Friday 13 August 2010

Allah Maha Adil

Sedikit pengisian yg ingin dikongsi bersama terutama kepada para2 perantau seperti kami..


“Apa istimewanya berpuasa di bulan Ramadhan dan bukannya September?” saya bertanya.

Para peserta modul Fiqh of Travellers terpinga-pinga.

Bukan tidak tahu jawapan, tetapi tidak faham apa hubungkaitnya antara Ramadhan dan September.

“Kedua-duanya adalah bulan kesembilan di dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijriah Islam” aju seorang peserta.

“Benar sekali. Tetapi sentiasakah Ramadhan itu jatuh bersamaan dengan bulan September?” saya melanjutkan soal jawab.

“Tentu sahaja tidak. Malah Ramadhan akan tiba kira-kira 10 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya” balas peserta tersebut.

Tepat sekali. Itulah yang cuba saya gambarkan kepada mereka. Setiap tahun, Ramadhan akan tiba sekitar 10 atau 11 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya. Ramadhan pernah jatuh pada bulan Disember, ia juga boleh tiba pada bulan Jun.

Hikmahnya besar.

Hikmah yang lebih jelas bagi manusia yang mengambil peluang kembara ke utara atau selatan Bumi.

Semasa Ramadhan tiba pada bulan Disember, ia bermaksud umat Islam di negara-negara utara Bumi menyambut bulan yang penuh makna ini pada musim sejuk. Selain cuaca yang sejuk, mengurangkan rasa dahaga yang menguji, siang pada musim sejuk adalah pendek berbanding malam. Subuh lewat dan Maghrib pula awal.

“Seawal bagaimana ustaz?” tanya seorang peserta.

“Subuh boleh masuk selewat 7:30 pagi dan Maghrib pula masuk pada jam 4 petang!” saya menjawab.

“Wah, hebatnya!” pelajar-pelajar itu kelihatan teruja.

“Sebab itu ramai orang kaya buat umrah di London, semasa Ramadhan jatuh pada musim sejuk!” saya berseloroh.

Mereka ketawa. Faham dengan bahasa sinis itu.

“Tetapi lain pula ceritanya di musim panas. Apabila Ramadhan tiba pada bulan Julai, itu sudah terbalik. Siang menjadi panjang, malam menjadi pendek” saya menyambung penjelasan.

“Misalnya?” tanya anak muda yang bakal terbang ke USA itu.

“Di Amerika Syarikat saya tidak pasti. Tetapi di tempat saya bertugas dahulu di Ireland Utara, Subuh boleh tiba seawal 2:15 pagi dan Maghrib selewat 9:45 malam!” saya menjawab.

Terkejut mereka.

“Mujurlah saya sudah balik ke Malaysia. Kalau tidak, tinggal sekepinglah jawabnya!” saya mengusik.

Dalam ketawa, mereka turut dilanda resah. Saya tinggal di Malaysia, mereka bakal terbang ke destinasi pengajian masing-masing. Bakal berpuasa di perantauan. Menyambut Ramadhan di musim panas. Musim yang siangnya panjang berganda dan malam pula hanya segelintir hari.

“Tetapi untunglah mereka yang bakal ke Australia dan New Zealand. Terbalik dari UK, USA, Russia dan Jepun, bulan Jun, Julai dan Ogos di sana itu adalah musim sejuk” saya menyambung kuliah.

Benar sekali.

Jika selama ini, umat Islam di Hemisfera Selatan Bumi seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Argentina diuji dengan Ramadhan yang jatuh pada November, Disember dan Januari yang merupakan musim panas, umat Islam di utara Bumi sedang meraikan puasa di musim sejuk. Kini, apabila umat Islam di Utara pula semakin panjang tempoh puasanya kerana Ramadhan jatuh pada musim panas, umat Islam di Selatan pula mengambil giliran menikmati puasa yang semakin pendek dan mudah.

Duduklah di mana sahaja, dengan Islam kita akan menikmati keadilan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Lagi bagus, kalau duduk di Malaysia, dari lahir sampai mati, sentiasa sederhana dan sama sahaja!

Berbeza sekali dengan agama Kristian yang menggunakan kalendar berasaskan matahari. 25 Disember sentiasa musim sejuk di utara bumi, dan sentiasa musim panas di selatan sana. Imej Krismas di Australia dan New Zealand tidak pernah sama dengan imej Krismas menurut sentuhan UK dan USA kerana Disember sentiasa musim sejuk di atas sana, sentiasa musim panas di selatan pula.

Islam agama fitrah.

Bukankah ia sesuatu yang indah?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Article dipetik dr blog saifulislam. Sesungguhnya berpuasa pada musim 'panas' yg tak berapa panas di UK ni memang merupakan satu pengalaman yg membina jati diri kita sebagai umat Islam. Alhamdulillah Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Setiap yg ditentukan oleh Nya ada kelebihannya.. Bagi yg berpuasa ketika musim panas, Allah panjangkan tempoh & peluang beribadah yakni berpuasa di siang hari dan bagi yang berpuasa ketika musim sejuk, Allah panjangkan tempoh & peluang beribadah yakni qiyam di malam hari. Terserah pd diri kita sendiri utk melihat peluang yg diberikan oleh Allah secara negative atau positif.. (Peringatan utk diri kami sendiri)

Cuma satu, kemanisan ukkhuwah dan keceriaan menyambut bulan ibadah di negera org serta berjauhan dgn kaum keluarga dan bazaar Ramadhan memang satu pengalaman manis yg xdapat dibeli dan jarang kita dapati walau di tanahair sendiri.

Kesimpulannya, intai2 la kami antara nampak, esok jgn rindu2an.. hahaha..dah lari topik nie.. nak jugak mengomelkan.. Oklah, sekian dulu renungan Ramadhan kita..



Wednesday 11 August 2010

Ramadhan Al-Mubarak





marhaban ya ramadhan
namamu diingati

kedatanganmu dinanti

fadhilatmu dicari

ganjaranmu dihajati

ibadahmu diberkati

Selamat menyambut kedatangan bulan mulia Bulan Ramadhan dari kami sekelurga terutama pada keluarga di Klang dan Bachok, Klantan serta rakan2 seperjuangan yg senasib yg sedang berjauhan dr keluarga terchinta. Mohon ampun dah maaf atas segala kekurangan dan kesalahan yg pernah dilakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah sentiasa memberkati dan menerima segala ibadah yg dilakukan oleh umat2 Nya..

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
[Hadith riwayat Al-Bukhari, #37]


Merupakan tahun ke-3 kami bertemu Ramadhan di bumi UK. Semoga Allah mendengar rintihan hati kami dan semoga Allah melindungi serta memudahkan segala urusan kami di sini.. Amin


Ikhlas dr kami,

Nik Rosli, Hanny, Hidayah & Hanisah






Friday 14 May 2010

Kenangan BBQ 2010

Lanjutan daripada post Spring BBQ 2010.. Video ihsan daripada Abg Wahab dan credit diatas hasil rakaman yg mantap.







Saturday 8 May 2010

Karipap Inti Kentang

Dah selesai misi menguli karipap utk anak dara umi, si Hidayah.. Buat utk minum petang semalam dan disambung utk sarapan pagi nie.. Alhamdulillah umi dpt buat dlm 25 ketul khas utk kakak.. Kali ni umi cube buat dough karipap lain cikit dr biasa, setelah dibisik2 oleh pakar karipap dun Selly.. ini lah hasilnyer.. sesape nak cube boleh la.. resepi utk rujukan sendiri..



Karipap Inti Kentang..

Bahan2 utk kulit karipap:

- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar minyak masak *
- 2 sudu besar marjerin / butter *
- 1 sudu besar shortening / lemak sayuran (kat cni pakai brand Cookeen) *
- 1/2 cwn air
- garam

Bahan2 utk inti (umi buat inti perisa sup ayam) :

- 1 sudu kecil lada putih
- 3 ulas bawang putih
- rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
- 5 bj kentang saiz sederhana (dipotong dadu kecil)
- 200g daging@ayam cincang (bleh juga masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti tulang2 mesti diasingkan.. cara yg paling sedap)
- 3 btg saleri berserta daun (dicincang halus - ini utk menggantikan daun sup yg sgt mahal di bumi permaisuri nie..)
- garam
- 1 ketul kiub ayam knorr
- air

Cara2 (utk inti)

1) Kentang dikupas dan potong dadu. Ketepikan
2) Tumbuk lumat lada putih dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bhn tumbukan tadi dan masukkan rempah tumis. Tunggu sehingga naik bau..
3) Masukkan isi ayam. Masak sehingga ayam agak2 masak sedikit.
4) Kemudian masukkan kentang dan saleri serta air. Air angaran paras kentang.
5) Masukkan kiub ayam dan masak sehingga kentang lembut dan ayam masak serta air agak2 kering. Boleh la ditabur daun saleri atau daun sup.. Siap dan sejukkan sebelum proses mencanai..

Cara2 (utk kulit karipap)

1) Panaskan atau microvawekan bahan2 bertanda *.
2) Kemudian satukan bhn2 yg dipanaskan dgn tepung dan garam dan gaul menggunakan garfu
bg mengelakkan tgn melecur..(heheh..mcm panas sgt yekk.) Setelah sebati masukkan air
sedikit demi sedikit dan ulilah sehingga doh boleh dicanai dan mudah utk dikelim.
3) Boleh la start mencanai .. selamat mencuba..



Ini lah hasilnya.. kulit karipap jadi agak ranggup dgn penggunaan shortening. Sila abaikan rupe karipap yg bergelembung2 tue yek.. teknik menggoreng xabih lagi menuntut.. hehehe..

Ni plak aksi model2 karipap umi..
















Thursday 6 May 2010

Hidayah dan Karipap.. *_*


Hidayah dan karipap...
baru skarang umi perasan karipap sudah menjadi kuih favourite kakak..
bile ade majlis makan2, mesti karipap yg dicari kakak..
ari nie bile ditanya kakak nak makan ape,
bukan ayam, bukan 'egg york soup' (telur stgh masak) yg slalu diminta kakak..
tapi karipap..
alamak..mane sempat nak buat karipap, umi dah kena masak dinner utk ayah..
kalu kat M'sia senang jerk, serbu je org jual kuih petang2 mesti ade karipap..
kat cini sume kena buat sendiri.. karipap oh karipap..
kakak sepanjang umi kat dapur msk, dok jengah jerk tanye karipap dah siap ker blum..
ape umi nak jawab? umi x buat karipap lg..umi nak msk nasi dulu..
bg umpan cokelat pun masih minta karipap lg..
suruh mkn nasi pun minta karipap juga..
tp nasib baik kakak lupe karipap bile ayah dah balik..
sampai tertido lupe kat karipap..
mintak2 xdela sampai termimpi karipap..
hidayah..hidayah..
syg umi, esok umi buat karipap yek..
khas untuk Hidayah.. hidayah dan karipap..








Sunday 2 May 2010

Spring BBQ 2010

Seperti yg dihebahkan pd entry sebelum nie, akhirnya selesai sudah acara BBQ di musim bunga bg tahun 2010.. tapi heyy, cuaca walaupun dikatakan sudah memasuki musim bunga tapi aura2 winter masih lagi ade.. BBQ kami tahun nie diselimuti dgn suhu sekitar 7-9 darjah celcius.. menyesal sungguh rasenyer bile stok bj2 tebal dlm kereta dah selamat disimpan dlm kotak.. tapi kuasa Allah, tiada siapa dapat menghalang ketentuanNYA.. tapi alhamdulillah, acara tetap berjalan dgn lancar dan meriah.. terima kasih kepada semua warga brummies yg terlibat.


sesi memasang khemah..persediaan sebelum hujan dan tempat berlindung dr cuaca sejuk..


time kasih yek niza n shahir, bg tumpang kemah kome nie.. ade 3 bilik lg tu..


antara santapan utama selain steak kambing..


ayah sgt rajin melayan kerenah anak2 dara nie.. umi??


tergelak kami tgk gelagat kekanak riang main sukaneka..

Selain acara BBQ, seperti di tahun2 lepas diselitkan sekali acara aqiqah dah cukur jambul bg ahli keluarga baru K.nita dan K.Su. Terima kasih di atas sumbangan dan semoga anak2 menjadi anak yang soleh dan solehah dunia akhirat..



Salah satu sebab kami terasa sgt excited dlm BBQ tahun nie, sebab Hidayah dapat memasuki salah satu acara sukaneka.. tahun lepas masih xcukup umur nak masuk.. tahun nie dapat masuk acara kutip gula2 pun jadikla.. dah Hidayah dapat tempat ketiga.. 1st time jugak Hidayah menerima hadiah.. yg kelakarnyer, bile nama kakak dipanggil oleh emcee (ayah), die bukan nak bangun amik hadiah..dok mengangguk kepala jerk.. last2 kena jemput br boleh bangun dan amik hadiah.. suka sgt tgk Hidayah mase nie.. nie baru dpt hadiah sukaneka umi dah excited tengok.. mudah2an umi dapat tgk Hidayah naik ke pentas setiap tahun utk mengambil hadiah bg keputusan peperiksaan yg cemerlang.. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kurniakanlah kecerdikan akal fikiran kepada anak2 kami dan Engkau bantulah anak2 kami dlm pelajaran mereka, Engkau jadikanlah mereka anak2 yg cemerlang dlm pelajaran, berjaya dlm kerjaya dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.. Amin..


umi tgh perturunkan trick2 pd Hidayah dan Hanisah mcm maner nak kutip gula2..




yea..Hidayah dpt kutip 30 bj gegula..dapat tmpat ketiga.. boleh la..




acara penyampaian hadiah, muke blur bile name dipanggil.. kena jemput br boleh bangun dan amik hadiah.. well done Hidayah!! hehehe


Monday 12 April 2010

Easter Break 2010...Day 3 - Liverpool Stadium

Hari terakhir kami utk cuti2 easter 2010 berakhir di Liverpool Stadium.. Merupakan stadium pertama yg dilawati oleh Nik3H. Memang dah lame berhajat nak melawat stadium, tapi xpernah kesampaian walaupun stadium di UK nie bersepah2.. Tapi umi nie bukan ler peminat setia bola sepak pun..sajer jerk nak jenguk2 dan buat kenang2an.. Akhirnya tercapai gak.. dan InsyaAllah ade lagii selepas ini... Gambar2 sekitar stadium..


kami dan hasil tangkapan..


hanisah..rehat lps penat main bola


hidayah plak..








bersama uncle Aziman








kakak nampak peyut laaa..

Setakat ini sajer la percutian kami..ntah bile dan dimana pulak destinasi percutian seterusnyer.. itu sume bergantung pada tahap ke'busy'an ayah.. Selepas ini, acara BBQ utk warga brummies bg tahun 2010.. kiter jumpa disana... InsyaAllah


Sunday 11 April 2010

Easter Break 2010... Day 2 - Lake District

Selesai sarapan, kami bergegas menuju ker Lake District.. Seharian kami telah dihabiskan di Lake District atau juga dikenali dgn name 'The Lakes' yg merupakan tempat tarikan pelancong..


berposing dulu di salah satu jeti..

Kawasan Lake District nie sgt luas dan antara alternative yg disediakan utk memudahkan pengunjung melihat pemandangan bukit2 dan sekitarnya adalah melalui ferry.. kami memulakan penjelajahan kami dari Ambleside Pier menuju ke Bowness.. mengambil masa lbh kurang 20 minit..


tgh tunggu ferry... senyum nak mintak makan.. :)


cantik tgk bukit bukau disini..














Saturday 10 April 2010

Easter Break 2010... Day 1 - Blackpool

Selesai bermandi manda dan menghabiskan hari kami di tmpat penginapan, kami sepakat utk meredah tempat2 menarik di Blackpool.


Central Blackpool berlatar belakangkan Blackpool Tower..

Central Blackpool yg sgt bz..manusia pun amat la ramai..dah mcm kat Paris plak.. ditambah plak ngan Blackpool tower yg agak2 menyerupai Eiffel Tower itew.. hehehe




apsal ngan buaya dan bola golf nie?.. nak tau, bace sendiri yek..


sungguh dasyat ini buaya.. erm..


kami..




berlatar belakangkan rollercoster yg amat panjang.. tgk pun dah gerun..








bebudak lain buat sand castle, anak2 umi mcm buat volcano jerk.. hehe






Central Pier..

Itu saje aktiviti kami sepanjang sehari berada di Blackpool, balik ke tempat penginapan dan bersiap sedia utk acara bakar membakar..