Home

Saturday 8 May 2010

Karipap Inti Kentang

Dah selesai misi menguli karipap utk anak dara umi, si Hidayah.. Buat utk minum petang semalam dan disambung utk sarapan pagi nie.. Alhamdulillah umi dpt buat dlm 25 ketul khas utk kakak.. Kali ni umi cube buat dough karipap lain cikit dr biasa, setelah dibisik2 oleh pakar karipap dun Selly.. ini lah hasilnyer.. sesape nak cube boleh la.. resepi utk rujukan sendiri..



Karipap Inti Kentang..

Bahan2 utk kulit karipap:

- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar minyak masak *
- 2 sudu besar marjerin / butter *
- 1 sudu besar shortening / lemak sayuran (kat cni pakai brand Cookeen) *
- 1/2 cwn air
- garam

Bahan2 utk inti (umi buat inti perisa sup ayam) :

- 1 sudu kecil lada putih
- 3 ulas bawang putih
- rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
- 5 bj kentang saiz sederhana (dipotong dadu kecil)
- 200g daging@ayam cincang (bleh juga masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti tulang2 mesti diasingkan.. cara yg paling sedap)
- 3 btg saleri berserta daun (dicincang halus - ini utk menggantikan daun sup yg sgt mahal di bumi permaisuri nie..)
- garam
- 1 ketul kiub ayam knorr
- air

Cara2 (utk inti)

1) Kentang dikupas dan potong dadu. Ketepikan
2) Tumbuk lumat lada putih dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bhn tumbukan tadi dan masukkan rempah tumis. Tunggu sehingga naik bau..
3) Masukkan isi ayam. Masak sehingga ayam agak2 masak sedikit.
4) Kemudian masukkan kentang dan saleri serta air. Air angaran paras kentang.
5) Masukkan kiub ayam dan masak sehingga kentang lembut dan ayam masak serta air agak2 kering. Boleh la ditabur daun saleri atau daun sup.. Siap dan sejukkan sebelum proses mencanai..

Cara2 (utk kulit karipap)

1) Panaskan atau microvawekan bahan2 bertanda *.
2) Kemudian satukan bhn2 yg dipanaskan dgn tepung dan garam dan gaul menggunakan garfu
bg mengelakkan tgn melecur..(heheh..mcm panas sgt yekk.) Setelah sebati masukkan air
sedikit demi sedikit dan ulilah sehingga doh boleh dicanai dan mudah utk dikelim.
3) Boleh la start mencanai .. selamat mencuba..



Ini lah hasilnya.. kulit karipap jadi agak ranggup dgn penggunaan shortening. Sila abaikan rupe karipap yg bergelembung2 tue yek.. teknik menggoreng xabih lagi menuntut.. hehehe..

Ni plak aksi model2 karipap umi..
















No comments: