Teringat balik sbb nak dijadikan cerita, ptg td dgn suka ria kakak dan adik mintak berenang2 dlm bath tub yg kecik tue.. mintak xtra bubble bath lg.. selang 15minit dgr anak berdua tue tergelak, terjerit, tergelak, terjerit.. tetiba terjerit xhenti2 smbil suara kakak panggil umi.. umi nyer kalu xdipanggil 3-4 kali mmg la xdtg.. (xleh nie nak jd role model kat bebudak tue..ubah2).. jenguk la kejap kat bilik air tue.. tgk kakak ngan adik dok pandang air dlm bath tue smbil elak sana elak sini.. umi ingatkan ade spider ker or bugs dah termasuk dlm air mandian depa rupe2 bile dijenguk, ade KAPAL SELAM buatan Hanisah... sgt tidak sesuai tau hanisah nie.. kalu nak membuang pun tgk2 la tempat.. kesian kat kakak nyer la.. buat dajal betul itu budak.. adui
Thursday, 10 March 2011
Kapal Selam..
Teringat balik sbb nak dijadikan cerita, ptg td dgn suka ria kakak dan adik mintak berenang2 dlm bath tub yg kecik tue.. mintak xtra bubble bath lg.. selang 15minit dgr anak berdua tue tergelak, terjerit, tergelak, terjerit.. tetiba terjerit xhenti2 smbil suara kakak panggil umi.. umi nyer kalu xdipanggil 3-4 kali mmg la xdtg.. (xleh nie nak jd role model kat bebudak tue..ubah2).. jenguk la kejap kat bilik air tue.. tgk kakak ngan adik dok pandang air dlm bath tue smbil elak sana elak sini.. umi ingatkan ade spider ker or bugs dah termasuk dlm air mandian depa rupe2 bile dijenguk, ade KAPAL SELAM buatan Hanisah... sgt tidak sesuai tau hanisah nie.. kalu nak membuang pun tgk2 la tempat.. kesian kat kakak nyer la.. buat dajal betul itu budak.. adui
Friday, 13 August 2010
Allah Maha Adil
“Apa istimewanya berpuasa di bulan Ramadhan dan bukannya September?” saya bertanya.
Para peserta modul Fiqh of Travellers terpinga-pinga.
Bukan tidak tahu jawapan, tetapi tidak faham apa hubungkaitnya antara Ramadhan dan September.
“Kedua-duanya adalah bulan kesembilan di dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijriah Islam” aju seorang peserta.
“Benar sekali. Tetapi sentiasakah Ramadhan itu jatuh bersamaan dengan bulan September?” saya melanjutkan soal jawab.
“Tentu sahaja tidak. Malah Ramadhan akan tiba kira-kira 10 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya” balas peserta tersebut.
Tepat sekali. Itulah yang cuba saya gambarkan kepada mereka. Setiap tahun, Ramadhan akan tiba sekitar 10 atau 11 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya. Ramadhan pernah jatuh pada bulan Disember, ia juga boleh tiba pada bulan Jun.
Hikmahnya besar.
Hikmah yang lebih jelas bagi manusia yang mengambil peluang kembara ke utara atau selatan Bumi.
Semasa Ramadhan tiba pada bulan Disember, ia bermaksud umat Islam di negara-negara utara Bumi menyambut bulan yang penuh makna ini pada musim sejuk. Selain cuaca yang sejuk, mengurangkan rasa dahaga yang menguji, siang pada musim sejuk adalah pendek berbanding malam. Subuh lewat dan Maghrib pula awal.
“Seawal bagaimana ustaz?” tanya seorang peserta.
“Subuh boleh masuk selewat 7:30 pagi dan Maghrib pula masuk pada jam 4 petang!” saya menjawab.
“Wah, hebatnya!” pelajar-pelajar itu kelihatan teruja.
“Sebab itu ramai orang kaya buat umrah di London, semasa Ramadhan jatuh pada musim sejuk!” saya berseloroh.
Mereka ketawa. Faham dengan bahasa sinis itu.
“Tetapi lain pula ceritanya di musim panas. Apabila Ramadhan tiba pada bulan Julai, itu sudah terbalik. Siang menjadi panjang, malam menjadi pendek” saya menyambung penjelasan.
“Misalnya?” tanya anak muda yang bakal terbang ke USA itu.
“Di Amerika Syarikat saya tidak pasti. Tetapi di tempat saya bertugas dahulu di Ireland Utara, Subuh boleh tiba seawal 2:15 pagi dan Maghrib selewat 9:45 malam!” saya menjawab.
Terkejut mereka.
“Mujurlah saya sudah balik ke Malaysia. Kalau tidak, tinggal sekepinglah jawabnya!” saya mengusik.
Dalam ketawa, mereka turut dilanda resah. Saya tinggal di Malaysia, mereka bakal terbang ke destinasi pengajian masing-masing. Bakal berpuasa di perantauan. Menyambut Ramadhan di musim panas. Musim yang siangnya panjang berganda dan malam pula hanya segelintir hari.
“Tetapi untunglah mereka yang bakal ke Australia dan New Zealand. Terbalik dari UK, USA, Russia dan Jepun, bulan Jun, Julai dan Ogos di sana itu adalah musim sejuk” saya menyambung kuliah.
Benar sekali.
Jika selama ini, umat Islam di Hemisfera Selatan Bumi seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Argentina diuji dengan Ramadhan yang jatuh pada November, Disember dan Januari yang merupakan musim panas, umat Islam di utara Bumi sedang meraikan puasa di musim sejuk. Kini, apabila umat Islam di Utara pula semakin panjang tempoh puasanya kerana Ramadhan jatuh pada musim panas, umat Islam di Selatan pula mengambil giliran menikmati puasa yang semakin pendek dan mudah.
Duduklah di mana sahaja, dengan Islam kita akan menikmati keadilan Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Lagi bagus, kalau duduk di Malaysia, dari lahir sampai mati, sentiasa sederhana dan sama sahaja!
Berbeza sekali dengan agama Kristian yang menggunakan kalendar berasaskan matahari. 25 Disember sentiasa musim sejuk di utara bumi, dan sentiasa musim panas di selatan sana. Imej Krismas di Australia dan New Zealand tidak pernah sama dengan imej Krismas menurut sentuhan UK dan USA kerana Disember sentiasa musim sejuk di atas sana, sentiasa musim panas di selatan pula.
Islam agama fitrah.
Bukankah ia sesuatu yang indah?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Cuma satu, kemanisan ukkhuwah dan keceriaan menyambut bulan ibadah di negera org serta berjauhan dgn kaum keluarga dan bazaar Ramadhan memang satu pengalaman manis yg xdapat dibeli dan jarang kita dapati walau di tanahair sendiri.
Kesimpulannya, intai2 la kami antara nampak, esok jgn rindu2an.. hahaha..dah lari topik nie.. nak jugak mengomelkan.. Oklah, sekian dulu renungan Ramadhan kita..
Wednesday, 11 August 2010
Ramadhan Al-Mubarak
namamu diingati
kedatanganmu dinanti
fadhilatmu dicari
ganjaranmu dihajati
ibadahmu diberkati
Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
[Hadith riwayat Al-Bukhari, #37]
Ikhlas dr kami,
Nik Rosli, Hanny, Hidayah & Hanisah
Friday, 14 May 2010
Kenangan BBQ 2010
Saturday, 8 May 2010
Karipap Inti Kentang
Karipap Inti Kentang..
Bahan2 utk kulit karipap:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar minyak masak *
- 2 sudu besar marjerin / butter *
- 1 sudu besar shortening / lemak sayuran (kat cni pakai brand Cookeen) *
- 1/2 cwn air
- garam
Bahan2 utk inti (umi buat inti perisa sup ayam) :
- 1 sudu kecil lada putih
- 3 ulas bawang putih
- rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
- 5 bj kentang saiz sederhana (dipotong dadu kecil)
- 200g daging@ayam cincang (bleh juga masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti tulang2 mesti diasingkan.. cara yg paling sedap)
- 3 btg saleri berserta daun (dicincang halus - ini utk menggantikan daun sup yg sgt mahal di bumi permaisuri nie..)
- garam
- 1 ketul kiub ayam knorr
- air
Cara2 (utk inti)
1) Kentang dikupas dan potong dadu. Ketepikan
2) Tumbuk lumat lada putih dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bhn tumbukan tadi dan masukkan rempah tumis. Tunggu sehingga naik bau..
3) Masukkan isi ayam. Masak sehingga ayam agak2 masak sedikit.
4) Kemudian masukkan kentang dan saleri serta air. Air angaran paras kentang.
5) Masukkan kiub ayam dan masak sehingga kentang lembut dan ayam masak serta air agak2 kering. Boleh la ditabur daun saleri atau daun sup.. Siap dan sejukkan sebelum proses mencanai..
Cara2 (utk kulit karipap)
1) Panaskan atau microvawekan bahan2 bertanda *.
2) Kemudian satukan bhn2 yg dipanaskan dgn tepung dan garam dan gaul menggunakan garfu
bg mengelakkan tgn melecur..(heheh..mcm panas sgt yekk.) Setelah sebati masukkan air
sedikit demi sedikit dan ulilah sehingga doh boleh dicanai dan mudah utk dikelim.
3) Boleh la start mencanai .. selamat mencuba..
Ni plak aksi model2 karipap umi..
Thursday, 6 May 2010
Hidayah dan Karipap.. *_*
Hidayah dan karipap...
baru skarang umi perasan karipap sudah menjadi kuih favourite kakak..
bile ade majlis makan2, mesti karipap yg dicari kakak..
ari nie bile ditanya kakak nak makan ape,
bukan ayam, bukan 'egg york soup' (telur stgh masak) yg slalu diminta kakak..
tapi karipap..
alamak..mane sempat nak buat karipap, umi dah kena masak dinner utk ayah..
kalu kat M'sia senang jerk, serbu je org jual kuih petang2 mesti ade karipap..
kat cini sume kena buat sendiri.. karipap oh karipap..
kakak sepanjang umi kat dapur msk, dok jengah jerk tanye karipap dah siap ker blum..
ape umi nak jawab? umi x buat karipap lg..umi nak msk nasi dulu..
bg umpan cokelat pun masih minta karipap lg..
suruh mkn nasi pun minta karipap juga..
tp nasib baik kakak lupe karipap bile ayah dah balik..
sampai tertido lupe kat karipap..
mintak2 xdela sampai termimpi karipap..
hidayah..hidayah..
syg umi, esok umi buat karipap yek..
khas untuk Hidayah.. hidayah dan karipap..
Sunday, 2 May 2010
Spring BBQ 2010
Selain acara BBQ, seperti di tahun2 lepas diselitkan sekali acara aqiqah dah cukur jambul bg ahli keluarga baru K.nita dan K.Su. Terima kasih di atas sumbangan dan semoga anak2 menjadi anak yang soleh dan solehah dunia akhirat..
Monday, 12 April 2010
Easter Break 2010...Day 3 - Liverpool Stadium
kami dan hasil tangkapan..










